Rabu, 7 Januari 2009

Usia muda tapi......muka ...cam tak cayer jer

Pelek topik ni
Kekadang bila kita tengok wajah orang tu kita cam tak percaya. samada orang tu bercakap betul atau tidak berkenaan dengan usia mereka. Ini kerana :-
  1. Usia muda ,cam dewasa
  2. usia banyak tapi muda lagi

Usia muda cam dewasa.

Ramai remaja sekarang yang suka sangat nak cepat jadi dewasa. mereka suka berpakaian dan beraksi macam dewasa. Padahal duit tu masih lagi parents yang bagi. Saya juga pernah melalui zaman gitu. Baru darjah 6 orang ingat dah tingkatan 3, ini kerana badan dah lah besar dan berkawan ngan orang yang lebih tua. Masa tu punyer lah bangga. Bertambah lagi pakwe senior yang ngorat. Kalau boleh nak cepat 2 kerja . Bestker ???? cam tu.

Kepada adik2 ingatlah. Enjoy your life according to your age. Jangan sia2 kan masa muda. Nikmati zaman remaja bila anda remaja. kerana zaman itu hanya datang sebentar dan akan pergi selamanya. Ambil kesempatan pada masa remaja untuk berkawan dengan remaja . Jangan sesekali berkawan ngan orang dewasa. Menyesal nanti.Hayati zaman remaja anda dan gunakan kesempatan ini untuk menimba ilmu.

Jika adik2 bercita 2 untuk menjadi dewasa dengan cepat. Adik akan jadi cam topik kat atas ni.

Kenapa ? kerana:-

  • Adik suka berpakaian cam orang dewasa
  • Fesyen tak bersesuian dengan usia
  • Pergaulan yang tiada batasan
  • Akan dipenuhi dengan masalah yang tidak sepatutnya anda merasakanya.
  • Besar kemungkinan adik akan kantoi dalam percintaan dan pelajaran

So pilihlah.

Masa akak muda remaja dahulu , nak cantik kan muka akak buat sendiri bedak sejuk tau. Korang mana nak pakai bedak sejuk . agaknya bedak sejuk pun tak kenal. Berat ni. Cam ner akan buat tau

Resepi

  • Beras pulut direndam semalaman
  • Air asam jawa
  • Kunyit
  • Daun pandan

Cara2

  • Beras ditumbuk halus ngan kunyit
  • Digaul ngan air asam
  • Dicampur ngan daun pandan yang dah dimayang halus

Pastu kita guna kain lamping budak ,kita titiskan kat lampin tu dan biarkan dia kering.Kemudian kita leh ambil dan simpan kat botol.Make sure kasi kering betul . nanti berkulat.

Kalau nak tegangkan kulit muka , ini dia petua dia:-

Ambil tepung ubi kayu dan timun. Sagat timun kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu sapukan ke muka dan biarkan kering, kemudian basuh. Cara ini dapat menegangkan kulit serta menampakkan keputihan di muka dan sekaligus menjadikan kulit muka segar.
Kekadang tu muka kita ni sembam, naper yer?
May be tido kuat kut. Ini adalah petua yang akak selalu amalkan:-


Ambil sehelai daun sirih yang kekuningan , tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan bedak sejuk .Selawat 3 kali dan sapukan ke wajah . Amalkan seminggu berturut-turut sure 100% leh susut bengkak tu dan wajah berseri semula.
usia banyak tapi cam muda lagi
Nowdays ramai wanita di luar sana yang impikan ayat kat atas ni. Samalah cam akak ni. Macam akakkan , tak pernah berpakaian cam orang yang berkahwin . Pakaian akak up to date punyer . Cam orang muda. So tak lah cam orang dah kawin.
Orang dah kawin saham lagi tinggi. Kalah orang bujang. Ini kerana orang berkawin sentiasa berlumba2 untuk kelihatan muda selalu. Salah satu caranya kita kenalah bermake up dan berpakaian cam orang muda selalu. Pakailah baju yang ikut badan sikit. Barulah suami dan anak kagum dan bangga ngan kita.

1 ulasan:

Angin Selat Melaka berkata...

Ohhh...Seperkara lagi:
Untuk mereka yang begitu berminat mahu capai ke tahap kecantikan maksimum, ada baiknya kamu kaji setiap pelusuk aspek mengenai subjek itu. Antaranya:

Jadikan Dirimu Cantik Kekal Abadi!

Trimas ya tuan rumah...Skrgnya daku membiarkan diri pergi ditiup angin...

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini :-