Selasa, 27 Januari 2009

Rambut Adalah Mahkota Wanita

Selamat pagi semua.

Lihat topik di atas. Betul ker? Sekarang ni ramai orang tak kiralah lelaki atau perempuan yang suka mewarnakan rambut dan membuat rebonding. Lepas tu mereka menggalami masalah rambut gugur , kering dan tidak bermaya. Kenapa yek??

Jika anda membuat rebonding atau mewarnakan rambut. Anda juga haruslah membuat rawatan rambut. Salah satu cara untuk megembalikan kesegaran rambut adalah menggunakan moisturizer rambut atau toner rambut. Ini akan menggelakkan rambut anda menjadi kusam dan tidak bermaya. Satu lagi cara adalah stim atau wapkan rambut , kalau boleh setiap minggu. Kebaikan stim rambut adalah ianya untuk melembutkan rambut dan juga membersihkan kulit kepala kita jika kita menggalami kelimumur. Kelimumur akan hadir jika ubat rebonding atau pewarna rambut terkena di kulit kepala. So HATI -HATI JIKA MEMBUAT REBONDING DAN MEWARNAKAN RAMBUT.

Di sini saya akan turunkan beberapa panduan tentang penjagaan rambut. Harap ianya dapat dimanfaatkan kepada pembaca semua.

*Panjangkan Rambut*
Ambil sekurang2nya empat batang serai. Rebus dan biarkan ia mendidih.Kemudian,biarkan sejuk dan Basahkan rambut.Biarkan selama setengah jam.Kemudian bersihkanRambut anda Lakukan dua kali seminggu.

*Lembutkan Rambut*
Jika anda bercadang untuk shampoo rambut pada pagi esok Malam sebelum tidur hendaklah anda menyapukan minyak Bayi keseluruh bahagian rambut,pada pagi esoknya,syampulah Rambut anda seperti biasa. Anda akan dapat rambut anda lembut seperti biasa.

*Menghitamkan Rambut*
Ambil putih telur dan sedikit syampu yg biasa di gunakan.Gaulkan kedua-duanya kemudian lumurkan pada rambut anda dengan menggunakan sikat. Tunggu sehingga setengah jam,selepas itu cuci rambut anda. Selamat mencoba.

*Elakan rambut gugur*
Gunakan santan yang di perap semalaman, Ambil patinya yang timbul di permukaan. Sapu rata di kepala dan balut kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu basuh rambut sebersih-bersihnya. Lakukan dua kali seminggu.Insya Allah masalah rambut gugur tiada lagi.

*Khasiat Buah mengkudu*
Ambil tiga biji buah mengkudu yg sudah tua,Campurkan dgn sedikit air kemudian ramas dan tapis.Ambil airnya,lumurkan ke rambut yang berkelelumur.Biarkan selama 5 minit.Setelah itu cuci dengan sabun mandi.Dan lakukan beberapa kali sehingga kelelumur hilang.

*Mengatasi Rambut Gugur*
Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda. Tumbuk hinga lumut.Gosokan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering, Kemudian,bilas dgn air suan dan cuci rambut menggunakan shampu. yang sesuai dengan anda.

3 ulasan:

نورالشهداء berkata...

Tentang pnjgkn rambut tu, kira2 nye brape cawan air bg 4 btg serai?

Angin Selat Melaka berkata...

Assalamualaikum...
Ya...Saya setuju sekali berkenaan rambut adalah mahkota wanita. Dengan gaya rambut yang menarik, akan membuatkan kecantikan seseorang itu lebih terserlah. 50% tarikan kecantikan datang dari rambut yg bergaya. Buat mereka yg berminat nak berfesyen rambut, pastikan diri di lengkapi dengan cara penjagaan yg betul. Refer:

Cara Penjagaan Rambut Rebonding

Semoga sukses! Tq.

maIra berkata...

menarik..folw blog akak..:)

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini :-