Ahad, 15 Februari 2009

Masalah resdung? apa penawarnya?

Selamat Petang.

Penat rasanya menggendalikan kursus ONE TO ONE sejak 3 minggu lalu. Cuma hari ini dan semalam je saya boleh luangkan masa untuk melihat blog dan web kesayangan saya.Macam- macam karenah dan soalan yang di ajukan oleh peserta saya.
Antaranya adalah masalah resdung. Tentu pembaca tahu apa itu resdung. Resdung ni adalah akibat hama yang ada di dalam kulit muka kita.

Tanda2 utama resdung adalah:-

  • Jerawat yang teruk di muka atau di badan
  • Kulit kepala berkelimumur
  • Selalu pening
  • Telinga gatal

Kalau di saloon. Saya galakkan mereka membuat rawatan facial resdung , dimana kami membuat facial seperti biasa. Setelah muka di wapkan, kami akan asapkan muka pelanggan dengan rokok resdung.

Ada juga pelanggan yang membeli di kedai dan membuat sendiri. Tetapi..... Kesan dan kualiti kurang memuaskan kerana you all tak buat seperti kami buat di saloon.

Disini saya berikan satu tips orang melayu bagaimana untuk menggurangkan resdung di wajah. harus diingatkan bahawa resdung tidak boleh di hapuskan sama sekali, cuma amalan kita ni boleh menggurangkan alahan resdung ni.

Tips menggurangkan resdung

Ambil sedikit akar pokok betik hutan.Keringkan dan di cincang halus.Sebelum di mesin,kemudian isi ke dalam kapsul.Amalkan memakannya Dua biji pagi dan dua biji malam.Dan Insya Allah masalah resdung anda akan reda .Dalam masa yang sama juga.akar betik hutan ini,boleh juga di asah Kemudian sapu di seluruh muka dan sedutkan ke dalam hidung.Insya Allah berkesan.

Ohhh, Jika anda tahu anda ada resdung, kurangkan makanan yang boleh membuatkan anda terseksa. Contoh seperti ayam, telor, udang, sotong.

Semoga bertemu kembali, Jangan lupa untuk mendaftar kan diri anda sebagai peserta bengkel kami. Jumpa saya di sana

2 ulasan:

Angin Selat Melaka berkata...

Assalamualaikum.
Pelbagai pihak tampil mendakwa bahawasanya mereka mempunyai penawar. Tetapi - adalah lebih baik kita lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berguna bagi melawan penyakit ini. Sila ke:

Masalah resdung dan penawarnya

Semoga berjaya dalam usahamu mendapatkan yg terbaik buat diri sendiri.

affandi hussain berkata...

saya telah mencuba ubat SUPER RESDONG.. alhamdulillah, bersin dan gatal-gatal muka telah berkurang.. maklumat lanjut tentang ubat ini cuba lihat di http://anti-sinusitis.blogspot.com/

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini :-