Topik yang biasa kita dengar setiap hari.Tambah- tambah lagi kalau kulit muka berminyak kan . Masalah betul. Ada yang bertanya" Sheila,kau pakai apa kat muka sikit pun tak da jerawat"? Entah cam biasa jer ."Saya menjawab.Memang punbiasa jer ,tapi saya lebih kepada amalan" saya masa dari saya kecil dahulu adalah:
- Minum air setelah bagun dari tidor. Muka tak cuci lagi , tak gosok gigi lagi
- Tak pernah tengok cermin sebelum cuci muka dan mandi
- Waktu malam pun sama juga mesti minum air sebelum tidor walau pun sedikit.
- cuci muka 3 kali sehari.
- Sebelum tido malam cuci muka dulu tanpa sabun dan tak pakai apa2 di muka pada waktu tidor.
- Saya kuat makan tomato, kentang dan sengkuang
Ini adalah amalan saya. Alhamdulilah amalan saya menampakkan hasil pada usia saya sebegini. Nak kata gembira bila orang memuji tu , tidak lah tapi kita perlu bersyukur pada anugerah tuhan bagi. Bohonglah kalau saya kata tak pernah tumbuh jerawat kat muka.Ada lah jerawat sesat. dalam satu dua . Itu pun waktu dah tua gini baru lah tumbuh.saya tak kisah saya kopek jerawat saya , kerana saya akan letak Vitamin E- oil kat tempat parut jerawat saya. Ada sorang customer bertanya. "Kak, napa parut jerawat saya tak nak hilang? Dah jenuh saya guna pelbagai produt untuk hilangkan parut jerawat". Saya jawab semula" adik, kita bukan kulit budak lagi kalau nak hilang parut dalam masa seminggu. Sekurang-kurangnyer dalam masa 1 bulan.gunakan vitamin E- oil kat tempat parut tu. Kalau nak cepat baik amalkan vitamin E sebagai supplement. "
Kita jangan terlampau percaya ngan produt penggelupasan yang ada kat pasaran sekarang. Walaupun saya berjual barangan kecantikan , tetapi kita perlu lihat apa keperluan asas kita dahulu. Yang asas itu adalah pencuci , toner , pelembab dan sun block. Saya selalu tekankan perkara ini kepada customer saya yang datang kekedai dan meminta nasihat dari saya. ada juga mereka berym dengan saya dan minta pendapat. walaupun mereka tak membeli dari saya tapi saya akan tetap memberikan cara penyelesaian kepada masalah mereka.
Hingga kini , wajah saya masih lagi tiada pigmentatian. Ini kerana saya selalu mebuat rawatan muka dan selalu makan3 perkara tersebut.
Disini saya berikan petua untuk pembaca saya .Saya akan menambah lagi beberapa petua untuk anda semua.
1. Kurangkan Jerawat
Rendam sepotong roti dalam semangkuk susu segar. Selepas itu letakkan roti tadi pada wajah anda yang berjerawat. Biarkan selama 30 minit ,kemudian bilas bersih-bersih dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.
Selamat mencuba dan semoga ianya membantu.
1 ulasan:
Assalamualaikum...
Boleh juga kalau rujuk web page ni untuk jalan penyelesaian:
Pusat Rawatan Muka Berjerawat
Semoga info ni dpt membantu. Tq.
Catat Ulasan