Ahad, 18 Januari 2009

Tips yang perlu anda baca

Selamat pagi.
Dah lama saya tak update blog kesayangan saya ni. Ada beberapa customer saya yang menanyakan kepada saya bagaimana cara untuk memelihara kulit wajah agar sentiasa sihat dan berseri sepanjang masa. Agak susah saya nak menjawab persoalan ini. Kerana , untuk mendapatkan kulit yang sihat , amalan adalah sangat penting. Kekadang ada juga tumbuh jerawat dan jeragat.
Walaubagaimanapun saya tidak akan hampakan permintaan seorang hamba allah ni. Mungkin paparan saya ini juga dapat membantu pembaca yang menjadi penggikut saya.
*Pulut hitam putihkan wajah*

Kepada wanita yang inginkan kulit wajah yang tegang dan putih saya sarankan ambil sedikit beras pulut hitam kemudian di goreng tanpa minyak sehingga cukup masak.Tumbuk beras pulut hitam tersebut hingga halus.Setelah menjadi serbuk ambil sedikit air suam dan campurkan sekali hingga menjadi pekat.Setelah itu sapukan ke wajah dan biarkan kering.Anda akan rasa seperti mana orang menggunakan masker wajah dan kulit terasa tegang.Sekiranya diamalkan seminggu tiga kali.Insya Allah wajah akan sentiasa tegang dan kulit kelihatan putih.Pengguna tidak perlu risau karena bahan yang digunakan tidak mengandungi kimia seperti mana penggunaan kosmetik lain.


*Hilangkan jeragat*

Untuk menghilangkan jeragat di muka ,ambil 3 sudu beras di cuci dan di goreng sekejap dan di kisar bersama mata kunyit,biar jadi serbuk. Ambil 1 sudu bancuh dengan air limau nipis dan lumurkan pada muka.Bila kering cuci dengan air suam.Amalkan selalu .Insya Allah kulit kita akan jadi lembut.Dan licin,jikalau tak ada limau nipis boleh juga diganti putih telur.


*Menggebukan Kulit muka*

Bagi memperolehi wajah sebegitu rupa anda hendaklah mengikuti petua ini. Bahan yang perlu di sediakan ialah segenggam beras pulut.madu dan lima biji limau kasturi. Caranya mudah dengan menggoreng beras pulut tanpa minyak sehingga. Kuning lalu di tumbuk atau di kisar sehingga hancur dan halus.Kemudian barulah di campur dgn madu dan air perahan limau
dan di gaul hingga sebati.Sebelum menggunakkanya anda perlulah membasahkan muka dan menyapunya dgn perlahan-lahan dan membiarkanya .Selama 15 minit.Kemudian anda bilas muka anda dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.Pasti memuaskan anda.Jika perlu lakukan 3 kali seminggu.


*Kulit Cerah,Dan Berseri*

Rendam Beras semalaman.Keesokan harinya tos dan jemur,beras tersebut hingga kering,setelah kering tumbuk atau kisar sehingga halus. Bersama-sama dua hingga tiga helai daun sirih,sepotong ibu kunyit dan segenggamPucuk jambu batu sehingga lumat atau hancur.Bancuh badak ini dgn air secukupnya sapukan pada kulit wajah,selepas 15 hingga 30 minit,Barulah cuci wajah anda.Sebaik-baiknya guna sebelum tidur,dua atau tiga kali seminggu,selamat mencuba.


*Madu Haluskan Kulit*

Ambil setitik madu,Campurkan sedikit dgn air bagi memudahkan larutan,Sapukan pada kulit wajah yang bersih.Sekiranya kulit anda terlalu kering,Gunakan madu sebagai masker,campur dengan sedikit air dan sapukan pada seluruh wajah.Biarkan ia kering dan bilas,ulang dua kali sebulan.

*Hilangkan Parut*
Ambil sebiji asam jawa goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit,Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar.Bila keluar serbuknya,titiskan dengan air dan gosok pada parut.Insya Allah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.


*Hilangkan panau di wajah*
Ambil sepotong halia atau belerang,tumbuk lumut kemudian tempelkan di muka.Lakukan setiap hari sebelum tidur.Insya Allah anda akan peroleh hasilnya.
Semoga dengan paparan ringkas ini dapat membantu sahabat yang lain. Saya juga akanupdate dari masa ke semasa koleksi petua saya ni . Insyaallah.

1 ulasan:

Cik Pinky berkata...

boleh cuba bedak sejuk campur dengan daun jambu batu.....tradisional style...ehehhe..moden style skang...lagi macam2... ESP shaklee + yogurt pun boleh jadi masker tau....sala perkenalan...meh jengah page kami https://www.facebook.com/580234235365326/photos/a.580664551988961.1073741828.580234235365326/640938822628200/?type=1&theater

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini :-