Selasa, 6 Januari 2009

Sarapan pagi

Tajuk kat atas tu.....

Jom kita berbincang sedikit tentang apa yang kita makan pada waktu pagi selepas kita bangun dari tidor. Ada separuh orang tak suka nak makan pagi, jam 10 pagi baru nak cari makanan atau baru ke kantin nak cari makanan. Masa tu mak kita kat umah or istri kita dah prepare bahan untuk makanan tengah hari.
Saya telah dididik dari kecil lagi untuk makan di rumah sebelum ke sekolah. Emak selalu masak lempeng, karipap , lepat atau apa2 saja untuk makan pagi.
Sebenarnya kita harus makan sedikit pada waktu pagi untuk mencergaskan diri kita. Its good for you to train anak2 makan pagi sebelum ke sekolah. kerana pada waktu itu kita juga akan ke pejabat dan masa yang paling bagus juga kita berkumpul dan memeriahkan lagi suasana pagi. Itulah masa kita nak bermesra ngan anak2 dan antar anak ke sekolah.
Seperti saya, Saya bangun jam 6 pagi. Saya akan siapkan sarapan pagi untuk anak dan suami. Pembantu siapkan anak2 .
Ini adalah menu kegemaran saya:-
  1. Lempeng manis
  2. lempeng pisang ngan daun pisang(sedap )
  3. cekodok ikan bilis
  4. jemput2pisang
  5. mee gorang
  6. nasi goreng
  7. roti bakar
  8. sandwish
  9. Kekadang beli kat kedai (heheheh kalau tak de idea nak masak apa)

Saya ikut sebijik cam mak saya buat masa saya kecil dahulu, ajar anak dari tadika bawa bekal. makan kenyang 2 sebelum ke sekolah.

Bila di kelas tidaklah budak perut kosong , mereka akan concentrate dengan pelajaran mereka.

Saya dan suami pun makan pada waktu pagi , kami akan berbincang di meja makan, Disitulah kemesraan kami (hingga ke hari ini)

Inilah kelebihan dan tips kemesraan sarapan pagi.

Tiada ulasan:

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini :-