Salam dan berjumpa kembali....
Ramai dari kalangan peserta bengkel saya dan customer yang bertanyakan masalah di atas. Kenapa hal sebegini berlaku? Ada yang menggatakan jangan makan banyak sangat bawang putih , nanti badan berbau. Tapikan orang Cina makan bawang putih banyak tak berbau pun.
Apa pun bagi saya penjagaan dalaman dan luaran adalah penting. Bawang putih pun ada sedikit memainkan peranan bau badan tapi tak lah 100%. Kebersihan pakaian dalam adalah amat penting untuk menggelakkan bau badan dari berlaku. Ketika mandi tolong gosok dan sabunkan di bahagian ketiak anda. Saya tidak menggalakkan anda untuk memakai bedak , ini kerana jika amalan berterusan ketiak akan berwarna hitam. Tak cantik kan...
Minum banyak air putih amatlah digalakkan supaya ianya boleh menghilangkan toksik dalam badan ,dan menggelakkan nafas berbau. Ini semua adalah berkait rapat diantara satu sama lain.
Ini adalah satu tips yang selalu saya amalkan dan saya kongsikan kepada rakan dan juga pelanggan saya:-
Hilangkan Bau badan
Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, rebus hingga mendidih, Kemudian campurkan dengan air mandian, Mandilah setiap pagi dan petang selam seminggu.
Saya juga amalkan kaedah ini jika mereka membuat rawatan di kedai saya. Selalunya saya gunakan bahan ini untuk sauna. Ini berkesan untuk membuang taoksik dan menghilangkan bau badan .
Sebelum saya terlupa, jika anda berminat untuk menghadiri bengkel saya sila layar http://quensheila.blogspot.com/
Semoga tips saya kali ini boleh membantu.